Anak Kesayangan

Assalamualaikum w.b.t 
apa pendapat korang tentang anak kesayangan ?
pada pendapat fyza, selalunya anak kesayangan neyh , 
anak yang disayangi, disukai oleh parents dia , 
tapi pada aku, situasi aku, anak kesayangan neyh, 
anak yang disayangi parents, tapi bila dia buat salah, 
dia paling tidak boleh dimaafkan 
sebab ? disebabkan time dia belum lahir, time dia dalam perut ibu dia lagi, 
dia dah dipersalahkan, 
apa korang rasa ?
anak anak yang lain, bila buat salah , sekejap je ibu okay , 
tapi dengan aku ?
kenapa dengan aku susah sangat nak baik ?
susah sangat nak mesra balik ?
kadang kadang aku anggap aku bukan anak kandung parents aku, 
aku anak angkat kot , 
tapi bukan , 
aku bukan tak bersyukur , tapi kadang kadang aku sebagai manusia, 
perasaan sedih tuh mesti ada , 
kenapa bila adik aku bercerita tentang kawan kawan dia , bf dia, ibu excited nak dengar, 
tapi kalau aku ? macam teruk sangat kawan kawan aku , teruk sangat ke bf aku ?
dah banyak kali macam neyh , 
apa patut aku buat ?


Hilangnya kasih seorang ayah

Assalamualaikum w.b.t ,
dah lama sangat dah fyza tak update blog, 
macam macam berlaku dalam hidup fyza sejak kebelakangan neyh, 
kenapa fyza kata hilangnya kasih seorang ayah ?
bagi fyza, kasih sayang kedua ibu bapa kita sangat penting dalam kehidupan.
kasih ibu membawa kita kesyurga, kasih ayah membawa kita bahagia , 
kalau kita hilang salah satu dari kasih sayang neyh, 
kita tak kemana, 
ada ayah tapi kasih sayang tiada , 
selalu fyza rindu ayah, 
selalu sangat, 
tapi nak buat macam mana , 
hanya kasih ibu mencukupi buat masa sekarang neyh, 
kadang kadang kalau kita ada masalah dengan ibu,
pada siapa kita nak curah masalah kita kalau bukan dengan ayah kita, betulkan ?
tapi dimana ayah sewaktu fyza memerlukan dia ?
kasih sayang boleh membuat kita sakit, 
sekarang fyza bukan lah mencari kasih sayang orang luar, 
fyza cari ksaih sayang keluarga sendiri , 
adakah fyza punca segala masalah ibu ayah ?
adakah fyza punca keretakan semua?
apa yang ibu cakap sentiasa terpahat dalam kepala fyza ,
bagaikan semuanya salah fyza, 
pada waktu itu anak yang tidak tahu apa apa , 
dimana adik adik sewaktu fyza ingin luahkan masalah ?
apa yang fyza dapat , hanyalah anggukan , 
fyza hanya memerlukan pendengar setia, 
kadang kadang disebabkan situasi lah yang fyza rasa nak lari dari rumah, 
rasa nak belajar jauh jauh , 
rasa nak kahwin , 
tapi itu semua tidak menyelesaikan masalah , 
apa yang mampu fyza buat ?
hanyalah pendam dalam diri , 


Bila Hati Dah Kasih

Assalamualaikum w.b.t
Anyeong ...

Wah, dah lama rasanya fyza tak update blog! berhabuk dah neyh , haish
busy lah sejak dua menjak neyh ,
banyak assignment, assessment, program, haiiii, pening lahhh, hahahah ...

BILA HATI DAH KASIH ????
apa yang fyza cuba nak sampaikan adalah, apabila kita dah kasih pada seseorang, kita akan sanggup buat apa saja untuk dia, akan kita cuba sedaya upaya untuk menggembirakan hati dia,
apa yang fyza alami sekarang, adalah dia menghargai fyza, alhamdulillah,
semoga ALLAH tetapkan hanya dia untuk fyza dunia dan akhirat,
biar tidak handsome orangnya, in shaa ALLAH, boleh bimbing fyza,
bak kata wada, handsome handsome nanti susah nak jaga, :D
Eh, dia comel okay! :P (of course lah kena puji)
hanya mampu berdoa, dan berserah kepada-Nya,
hanya DIA yang menentukan segalanya,

Akhirnya ...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah , akhirnya dapat juga fyza jumpa kawan fyza yang tercinta , yang sangat fyza rindui , dah lama juga lah kitaorang tak hangout sama , hari neyh berjalan saja saja , daripada pukul 5 petang sampai ke pukul 11 , huhu , nampak tak kuat berjalan nya kat situ ,

2008 - 2013 , enam tahun sudah terjalin persahabatan kitaorang , alhamdulillah , macam macam dugaan yang kitaorang tempuhi , bukan alam percintaan sahaja ada ribut taufan nya , persahabatan juga tidak lari daripada tsunami , kadang kadang keruh , kadang kadang jernih , tapi yang penting sikap saling memahami antara satu sama lain yang membuatkan persahabatan itu kekal ,

in shaa ALLAH , persahabatan kekal hingga ke akhirnya <3


Maaf

Assalamualaikum w.b.t 
Anyeong 

Maaf? kenapa fyza kata maaf? kepada sesiapa yang ada baca post fyza sebelum neyh, yang berhabuk speaking London tuh, fyza kata 'My Life Suck', bagi fyza, ayat tuh tak berapa nak elok lah kalau nak disebut, entah, kadang kadang kalau seseorang itu emo, seeloknya kita selawat banayk banyak, ingat ALLAH, hurm, tak tahu lah macam mana entah, emo terlebih pula masa tuh, hahah, dah lah, lupakan je, huhu, hurm, MAAF? apabila kita buat salah, salah satu jalan penyelesaian yang mudah adalah dengan meminta maaf, kadang kdang ucapan maaf je tidak cukup bagi sesetengah pihak, maaf itu perlulah sekali dengan niat dihati untuk bertaubat tidak akan mengulangi kesalahan tersebut, siapa ja yang tak pernah buat salah? semua orang pernah buat salah, even kesalahan yang kecil ataupun kesalahan besar, tidak semestinya kesalahan yang besar tuh tak boelh dimaafkan, boleh, cuma mengembalikan kepercayaan seseorang tuh pada kita akan mengambil masa yang agak lama, cuba you guys letak kan tempat you guys sebagai pemaaf, kadang kadang even kesalahan kecik sekalipun, seseorang tuh susah nak maafkan, ape tah lagi kesalahan besar, tapi orang yang buat kesalahan akan berkata 'sedangkan nabi pun ampun umat',