Akhirnya ...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah , akhirnya dapat juga fyza jumpa kawan fyza yang tercinta , yang sangat fyza rindui , dah lama juga lah kitaorang tak hangout sama , hari neyh berjalan saja saja , daripada pukul 5 petang sampai ke pukul 11 , huhu , nampak tak kuat berjalan nya kat situ ,

2008 - 2013 , enam tahun sudah terjalin persahabatan kitaorang , alhamdulillah , macam macam dugaan yang kitaorang tempuhi , bukan alam percintaan sahaja ada ribut taufan nya , persahabatan juga tidak lari daripada tsunami , kadang kadang keruh , kadang kadang jernih , tapi yang penting sikap saling memahami antara satu sama lain yang membuatkan persahabatan itu kekal ,

in shaa ALLAH , persahabatan kekal hingga ke akhirnya <3


Maaf

Assalamualaikum w.b.t 
Anyeong 

Maaf? kenapa fyza kata maaf? kepada sesiapa yang ada baca post fyza sebelum neyh, yang berhabuk speaking London tuh, fyza kata 'My Life Suck', bagi fyza, ayat tuh tak berapa nak elok lah kalau nak disebut, entah, kadang kadang kalau seseorang itu emo, seeloknya kita selawat banayk banyak, ingat ALLAH, hurm, tak tahu lah macam mana entah, emo terlebih pula masa tuh, hahah, dah lah, lupakan je, huhu, hurm, MAAF? apabila kita buat salah, salah satu jalan penyelesaian yang mudah adalah dengan meminta maaf, kadang kdang ucapan maaf je tidak cukup bagi sesetengah pihak, maaf itu perlulah sekali dengan niat dihati untuk bertaubat tidak akan mengulangi kesalahan tersebut, siapa ja yang tak pernah buat salah? semua orang pernah buat salah, even kesalahan yang kecil ataupun kesalahan besar, tidak semestinya kesalahan yang besar tuh tak boelh dimaafkan, boleh, cuma mengembalikan kepercayaan seseorang tuh pada kita akan mengambil masa yang agak lama, cuba you guys letak kan tempat you guys sebagai pemaaf, kadang kadang even kesalahan kecik sekalipun, seseorang tuh susah nak maafkan, ape tah lagi kesalahan besar, tapi orang yang buat kesalahan akan berkata 'sedangkan nabi pun ampun umat', 

2 More Days



Assalamualaikum w.b.t 
Anyeong 

tepat jam 7:22 pagi, Ya Allah, fyza tak boleh lelap mata langsung, nak kata mengantuk, dah banyak kali dah menguap, tapi tak boleh lelap mata juga, last-last, on lappy, mula lah pengubahsuaian blog yang 'tercinta' sangat neyh ha, haha 

2 More Days, means?? maksudnya, 2 hari lagi fyza akan mula daftar diri untuk semester yang berikurnya, iaitu semester 5, wah, tak sangka kot! cepat masa berlalu, ingat lagi, time semester 1, budak baru lagi, bak kata orang, bodoh bodoh je kan, sekarang pejam celik pejam celik, fyza dah sem 5, ini bermakna umur pun dah meningkat, ibu banyak kali pesan kat fyza, "awak tuh dah 20 tahun, bawa bawa lah matang sikit perangai tuh," ha, tuh lah ayat keramat yang selalu ibu pesan, rindu juga time fyza anak tunggal dulu, time anak tunggal, semua benda boleh dapat, KAYA DENGAN PERMAINAN, bila dah dapat adik, KAYA DENGAN KASIH SAYANG, wahhh, lagi untung kan, tapi fyza selalu bergaduh dengan adik, hurrmmm , 

Eh jap, fyza bukan nak cerita pasal adik beradik fyza sekarang neyh, fyza nak cerita pasal daftar diri, haish, kalau pasal adik beradik fyza later fyza story mory okayy, berbalik pada cerita asal, hurm, bila nak masuk sem baru neyh, gementar pun ada, gembira ada, takut ada, sedih ada, bak kata ASTRO, Macam Macam Ada, hamboi, 

kenapa fyza kata fyza gementar??? 
mungkin sebab dah lama tak jumpa classmate fyza, yelah, kitaorang terpisah selama enam bulan, lepas tuh jumpa sekejap, tak sampai seminggu dah balik rumah balik, mana sempat lepas rindu,

kenapa gembira???
well, dah masuk sem baru kottt, tak kan tak happy, kalau dapat masuk sem baru, means keputusan sem lepas, menggembirakan hati dan sanubari lah kan? haaa, 

kenapa takut???
hurm, fyza ada apply kamsis, tak tahu kamsis tuh apa, kamsis tuh asrama, sebenarnya nama dia dah tukar, kolej penginapan, tapi panggil kamsis, lagi senang, pendek je, berbalik pada cerita asal, fyza apply kamsis, masalahnya tak tentu dapat atau tak, hopefully dapat, sebab fyza tak nak duduk luar, makan banyak sangat belanja, sewa rumah, bila air, elektrik, barang makan lagi, kannn 

kenapa sedih???
sedih sebab dah lama tinggal dengan family, kena pindah asrama balik, hurm, nanti jadi macam sem 1, bila ibu ayah nak hantar fyza, time ayah ibu balik, haa, drama melayu sampai, mula lah nangis, banjir pula poli tuh, 



Lawan Jadi Kawan

Assalamualaikum w.b.t 

Anyeong 

Guys, you all pernah tak ada kawan yang pada mulanya adalah lawan korang, pernah ada tak?
Fyza ada, first sem fyza kat Politeknik **, hee, dia adalah seorang pelajar perempuan yang fyza tak suka, dia pun tak suka fyza juga, fyza kutuk dia, dia kutuk fyza, 

Kitaorang juga pernah bertekak, bertikam lidah, segalanya lah, pernah juga tolong antara satu sama lain, tapi dalam hati fyza mengutuk pasal dia (tambah dah dosa, hee),

Tapi masuk sem 3, kitaorang dah mula rapat sikit, kalau tak silap fyza, kitaorang rapat since dia ada problem, problem dengan siapa? biarlah menjadi rahsia dia, cewahhh, haha, kalau orang tak kenal dia akan anggap dia gediks, tapi bagi orang yang kenal dia macam fyza, dia seorang yang happy go lucky, manja, tak berkira sangat(kalau berkira sangat kang susah, kalau tak berkira sangat kang orang pijak kepala, betul tak???? hee,). Nama dia SHARIFAH NORADZLIN !!

Alhamdulillah, dia dah jadi sebahagian daripada 'family' fyza kat poli, kang kata geng karang, nampak macam geng budak nakal pula kan, so kata lah family, 'Family' fyza kat poli neyh terdiri daripada lima orang, 

First, myself Nazirul Filzah Zabarudin












Second, Ummi Nursyhuhadah Abd Jalal




















Third, Kak Yong Noranasuha Noor Man




















Fourth, Budak Manja Sharifah Noradzlin Syed *****(fyza tak ingat, hee)



















Lastly, Adik Kecik Nur Alyssa Syuhadah




Autumn In My Heart

Assalamualaikum w.b.t 

Anyeong

Autunm In My Heart , cerita neyh dah berkurun dah , tapi fyza minat gila gila dengan cerita neyh , first time fyza layan cerita neyh sampai menangis , sangat sedih , dalam cerita neyh , apa yang fyza dapat , walau kita pergi mana sekalipun , kalau dah jodoh kita pasti akan jumpa balik , even sesiapa pun , daripada cerita neyh lah fyza minat heroin dia , Song Hye Kyo






Duit atau Kasih Sayang ??

Assalamualaikum w.b.t
Anyeong

Hee , dah berapa hari dah tak update , hurm , you all suka duit tak ????
siapa yang tak suka dengan duit , zaman sekarang neyh , bak kata orang 'money first' , 
tapi antara duit dan kasih sayang , you all pilih mana satu ????

ada antaranya pilih duit , ada juga antaranya pilih kasih sayang atau lebih lagi cinta , 
tapi nak ikutkan dua dua penting , sebab apa fyza cakap dua dua penting ?
ia lebih kurang macam lelaki dan perempuan , lelaki tak lengkap hidup mereka tanpa wanita ,
begitu juga sebaliknya , macam tuh juga dengan duit dan kasih sayang ,
cuba bayangkan dalam satu hubungan tak kisah hubungan apa sekalipun , 
keluarga , kawan kawan , suami isteri , adik beradik , dua dua item neyh memberikan satu impak yang besar,
sebab kalau bagi hubungan yang memilih kasih sayang atau cinta , orang lain akan menganggap ianya satu yang romantik , YES , fyza akui , ia nya romantik , dengan kasih sayang , ianya akan membuat kan pasangan tuh akan berusaha bersama sama untuk mencari DUIT , tapi tak selamanya ombak akan tenang , kadang kala ombak juga akan bergelora , macam tuh juga dengan hubungan , jikalau berlaku perselisihan faham , paling tidak sikit akan terjejas kerana DUIT , lama kelamaan kasih sayang tuh akan hilang , dalam hubungan neyh , kasih sayang itu penting , 

dalam erti kata hubungan berdasarkan wang ringgit a.k.a DUIT , hubungan itu terjalin bermula dengan duit , tanpa kasih sayang , bak kata orang tak akan kemana , atau wujudnya orang ketiga , tapi bagi sesetengah orang , kasih sayang itu boleh dipupuk , YES , itu juga fyza setuju , tapi macam fyza cakap juga , tak selamanya ombak sentiasa tenang , jikalau dah banyak duit , macam macam boleh berlaku , kalau you all nak cakap fyza berfikiran negatif , fyza tak kisah , kadang kadang ianya banyak perkara negatif berbanding perkara positif , tapi apa orang lain kata , always think positive , ingat lah , jangan lah kita hanya mencari DUIT tanpa KASIH SAYANG , dan jangan lah kita mencari KASIH SAYANG tanpa DUIT , kerana pada zaman sekarang neyh , kita memerlukan kedua duanya 

Kasih Yang Terlerai



Assalamualaikum w.b.t 


Dah lama dah tak update blog , hurm perkembangan terbaru ? tak ada yang menarik sangat pun , just hurm , apa yang fyza nak kongsi kan adalah mengenai satu novel , hurm , novel hasil tulisan siapa ? siapa lagi kalau bukan fyza , in shaa ALLAH , kalau ada masa , fyza nak habiskan novel fyza , dah lama dah teringin nak create satu novel , banyak dah , tapi separuh jalan , in shaa ALLAH untul novel neyh , kalau boleh fyza nak habiskan .

Tak sampai separuh atau suku pun lagi cerita dia , untuk create satu cerita yang ingin menarik orang lain tuh agak susah , apa tah lagi untuk create satu cerita yang logic dan banyak fakta , hurm kena banyak selidik neyh kan . haha , tak apa , biar lambat asalkan cerita tak berterabur . kan kan , hurm , 




  

Zainuddin Mahmud

Assalamualaikum ,
Anyeong , dah lama rasanya tak update status neyh kan ,


Hurm , pada 12 Oktober 2013 , bersamaan hari Sabtu , pulangnya Zainuddin bin Mahmud ke rahmatullah , iaitu paklong fyza , abang kepada ayah fyza . kehilangan arwah sangat dirasai oleh fyza sekeluarga , walaupun fyza tak rapat dengan arwah , tapi Alhamdulillah , arwah tak pernah naik tangan kat fyza , arwah baik orangnya , arwah juga kuat melatah , macam ayah fyza , waktu fyza dapat tahu , fyza kat rumah , ayah dah gerak pergi rumah nenek time tuh , sebab acu fyza call , katanya paklong dah sejuk , waktu tuh fyza dah tak sedap hati , tapi cepat cepat fyza singkirkan perasaan tuh , tak nak pikir yang buruk buruk , tak lama lepas tuh , ayah call ibu , ayah dah tak tahu nak cakap apa , perasaan prasangka buruk tadi datang balik , tapi apa yang fyza rasa tuh , sebenarnya betul , paklong dah tak ada kat dunia neyh , paklong berada di tempat persinggahan sebelum dibangkitkan pada suatu hari nanti , begitu juga dengan kita semua , yang hidup pasti akan mati , moga paklong berada dikalangan orang orang yang beriman , dan semoga rohnya dicucuri rahmat . 

Rosak


Assalamualaikum w.b.t
Hurm , hari neyh mood sedih sangat sangat , laptop fyza rosak , hurm , kat screen dia tak ada apa , keluar warna putih , lepas tuh wana biru then ada line banyak banyak , rosak lah tuh kan ? hurm, dah on off dahhh , dia tak nak juga . hurm , macam mana neyh , dah lah susah nak dapat , nak beli bukannya pakai daun , pakai duit , duit bukan jatuh dari langit , 
malam tadi fyza tidur dengan laptop tuh , fya peluk laptop tuh :'(
sedih gila , tak tahu nak cakap macam mana , tadi call ayah pun nak nangis dahhh , macam mana ??
Macam mana, tak ada mood  sangat neyh , hurm ,
Frust pun ada neyh , tak tahu nak cakap macam mana dahhh , 
 

Along , angah rindu :'(

Assalamualaikum ,
Hamboi , pagi pagi meng-update blog , esok  kena bangun pagi , nak teman ibu pergi pasar , :D


Hurm , fyza nak cerita tentang seorang hamba ALLAH lagi , yang fyza rindu juga , sangat sangat , dia kawan fyza since fyza form 3 , fyza rindu kat dia , persahabatan kitaorang macam ombak , kadang kadang tenang , kadang kadang bergelora , kadang kadang tsunami , tapi fyza tetap sayang dia , sejak kitaorang berlainan tempat belajar , kitaorang dah jarang contact , masing masing busy dengan kahidupan masing masing , tak sempat nak jumpa , tak sempat nak lepak , bila nak jumpa , nak lepak , ada je halangan , sampaikan gambar fyza dengan dia yang sekarang pun , fyza tak ada ,  hurm , fyza sangat rindukan kenangan kitaorang dulu dulu , fyza angah, dia along , along , angah rindu along sangat sangat , hurm , 
gambar kat bawah neyh fyza amek kat fb dia