Duit atau Kasih Sayang ??

Assalamualaikum w.b.t
Anyeong

Hee , dah berapa hari dah tak update , hurm , you all suka duit tak ????
siapa yang tak suka dengan duit , zaman sekarang neyh , bak kata orang 'money first' , 
tapi antara duit dan kasih sayang , you all pilih mana satu ????

ada antaranya pilih duit , ada juga antaranya pilih kasih sayang atau lebih lagi cinta , 
tapi nak ikutkan dua dua penting , sebab apa fyza cakap dua dua penting ?
ia lebih kurang macam lelaki dan perempuan , lelaki tak lengkap hidup mereka tanpa wanita ,
begitu juga sebaliknya , macam tuh juga dengan duit dan kasih sayang ,
cuba bayangkan dalam satu hubungan tak kisah hubungan apa sekalipun , 
keluarga , kawan kawan , suami isteri , adik beradik , dua dua item neyh memberikan satu impak yang besar,
sebab kalau bagi hubungan yang memilih kasih sayang atau cinta , orang lain akan menganggap ianya satu yang romantik , YES , fyza akui , ia nya romantik , dengan kasih sayang , ianya akan membuat kan pasangan tuh akan berusaha bersama sama untuk mencari DUIT , tapi tak selamanya ombak akan tenang , kadang kala ombak juga akan bergelora , macam tuh juga dengan hubungan , jikalau berlaku perselisihan faham , paling tidak sikit akan terjejas kerana DUIT , lama kelamaan kasih sayang tuh akan hilang , dalam hubungan neyh , kasih sayang itu penting , 

dalam erti kata hubungan berdasarkan wang ringgit a.k.a DUIT , hubungan itu terjalin bermula dengan duit , tanpa kasih sayang , bak kata orang tak akan kemana , atau wujudnya orang ketiga , tapi bagi sesetengah orang , kasih sayang itu boleh dipupuk , YES , itu juga fyza setuju , tapi macam fyza cakap juga , tak selamanya ombak sentiasa tenang , jikalau dah banyak duit , macam macam boleh berlaku , kalau you all nak cakap fyza berfikiran negatif , fyza tak kisah , kadang kadang ianya banyak perkara negatif berbanding perkara positif , tapi apa orang lain kata , always think positive , ingat lah , jangan lah kita hanya mencari DUIT tanpa KASIH SAYANG , dan jangan lah kita mencari KASIH SAYANG tanpa DUIT , kerana pada zaman sekarang neyh , kita memerlukan kedua duanya 

Kasih Yang Terlerai



Assalamualaikum w.b.t 


Dah lama dah tak update blog , hurm perkembangan terbaru ? tak ada yang menarik sangat pun , just hurm , apa yang fyza nak kongsi kan adalah mengenai satu novel , hurm , novel hasil tulisan siapa ? siapa lagi kalau bukan fyza , in shaa ALLAH , kalau ada masa , fyza nak habiskan novel fyza , dah lama dah teringin nak create satu novel , banyak dah , tapi separuh jalan , in shaa ALLAH untul novel neyh , kalau boleh fyza nak habiskan .

Tak sampai separuh atau suku pun lagi cerita dia , untuk create satu cerita yang ingin menarik orang lain tuh agak susah , apa tah lagi untuk create satu cerita yang logic dan banyak fakta , hurm kena banyak selidik neyh kan . haha , tak apa , biar lambat asalkan cerita tak berterabur . kan kan , hurm , 




  

Zainuddin Mahmud

Assalamualaikum ,
Anyeong , dah lama rasanya tak update status neyh kan ,


Hurm , pada 12 Oktober 2013 , bersamaan hari Sabtu , pulangnya Zainuddin bin Mahmud ke rahmatullah , iaitu paklong fyza , abang kepada ayah fyza . kehilangan arwah sangat dirasai oleh fyza sekeluarga , walaupun fyza tak rapat dengan arwah , tapi Alhamdulillah , arwah tak pernah naik tangan kat fyza , arwah baik orangnya , arwah juga kuat melatah , macam ayah fyza , waktu fyza dapat tahu , fyza kat rumah , ayah dah gerak pergi rumah nenek time tuh , sebab acu fyza call , katanya paklong dah sejuk , waktu tuh fyza dah tak sedap hati , tapi cepat cepat fyza singkirkan perasaan tuh , tak nak pikir yang buruk buruk , tak lama lepas tuh , ayah call ibu , ayah dah tak tahu nak cakap apa , perasaan prasangka buruk tadi datang balik , tapi apa yang fyza rasa tuh , sebenarnya betul , paklong dah tak ada kat dunia neyh , paklong berada di tempat persinggahan sebelum dibangkitkan pada suatu hari nanti , begitu juga dengan kita semua , yang hidup pasti akan mati , moga paklong berada dikalangan orang orang yang beriman , dan semoga rohnya dicucuri rahmat . 

Rosak


Assalamualaikum w.b.t
Hurm , hari neyh mood sedih sangat sangat , laptop fyza rosak , hurm , kat screen dia tak ada apa , keluar warna putih , lepas tuh wana biru then ada line banyak banyak , rosak lah tuh kan ? hurm, dah on off dahhh , dia tak nak juga . hurm , macam mana neyh , dah lah susah nak dapat , nak beli bukannya pakai daun , pakai duit , duit bukan jatuh dari langit , 
malam tadi fyza tidur dengan laptop tuh , fya peluk laptop tuh :'(
sedih gila , tak tahu nak cakap macam mana , tadi call ayah pun nak nangis dahhh , macam mana ??
Macam mana, tak ada mood  sangat neyh , hurm ,
Frust pun ada neyh , tak tahu nak cakap macam mana dahhh ,